Friday, July 17, 2009

BIODATA


Mendapat pendidikan awal di SK Rantau Panjang, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak. Sekolah ini terletak lebih kurang 3 kilometer dari Kampong Sumatra dan 5 kilometer dari Selama Perak. Memasuki Tahun 1 pada Tahun 1970. Guru kelas pada masa itu ialah cikgu Noraini, Beliau telah berpindah pada tahun 70 atau 71 kalau tidak silap saya ke Daerah Kuala Kangsar. (Tiada gambar kenangan semasa sekolah rendah)
Setelah menamatkan pendidikan di sekolah rendah, saya telah meneruskan pendidikan peringkat sekolah menengah di SMK Dato Haji Hussein, Selama, Perak sehingga tamat tingkatan 5. Selepas itu terus melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK King Edward VII, Taiping, Perak. Pernah menghadiri Temuduga Pegawai Kadet Tauliah Tetap di Pusat Latihan Tentera Udara, Berhampiran Lapangan Terbang Ipoh pada Tahun 1983 yang diadakan selama seminggu tetapi tidak berjaya kerana hanya berjaya sampai hari ke tiga.

Berjaya mengikuti Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, Ipoh, Perak, pengambilan 1986/88. Semester pertama tinggal di Taman Rapat Indah bersama 11 orang rakan di sebuah banglo 2 tingkat yang mempunyai 5 bilik tetapi terpaksa berpindah kerana jaraknya terlampau jauh dari Maktab.
Mulai Semester ke 2 telah berpindah ke Taman Cempaka. Kawasan perumahan yang terletak di belakang Bangunan RTM Ipoh. Pernah menjalani Latihan di SK Sungai Rapat, Jalan Lapangan Terbang, Ipoh selama 2 minggu pada tahun 1987 dan di SK Belanja, Parit, Perak selama satu Semester pada tahun 1988.

Setelah tamat menjalani Latihan Perguruan, penempatan atau posting pertama adalah ke sebuah sekolah yang berada di kawasan pendalaman iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan mulai 1.1.1989 sehingga november 1993. Ketika menghadiri Taklimat Penempatan Guru Baru di SK Tanah Merah pada 31.12.1988 banyak perkara yang dinyatakan oleh Pegawai dari PPD Tanah Merah/Macahang/Jeli, diantaranya beliau menyatakan bahawa di Negeri Kelantan hanya terdapat sebuah syarikat pengangkutan bas iaitu SKMK (Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan) tetapi beliau telah menukarkan SKMK menjadi "Sampai Kelantan Mesti Kahwin". Satu perkara lagi beliau telah menasihatkan kepada semua guru-guru baru supaya lebih berhati-hati semasa banjir kerana negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang setiap tahun dilanda banjir. Apabila mendengar taklimat dari pegawai PPD tersebut, ia telah menjadi satu keinginan bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada rakan-rakan lain yang datang dari luar Negeri Kelantan untuk merasai suasana banjir di Kelantan kerana dari cerita yang diperolehi dari rakan-rakan yang tinggal di Kelantan, jika berlaku banjir di Kelantan, maka ia seakan-akan satu pesta diadakan.
Seramai 9 orang guru baru telah ditempatkan ke SK Kuala Tiga mulai 1.1.1989, 6 orang lelalki dan 3 orang perempuan. Selain dari saya, Mereka ialah :
1. Fadhil bin Osman (Bertukar ke Perak selepas 5 Tahun di SK Kuala Tiga)
2. Mokhtar Madon (Bertukar ke Kedah selepas 2 Tahun di SK Kuala Tiga)
3. Marhalim bin Haron (sehingga kini masih Kekal di Kelantan )
4. Razali bin Arbain (Bertukar ke Perak selepas 5 Tahun di SK Kuala Tiga)
5. Rosfihana (Bertukar ke Kedah selepas 5 Tahun di SK Kuala Tiga)
6. Sakila (Bertukar ke Kedah setelah hampir 1 Tahun di SK Kuala Tiga)
7. Mohd Fesol (tidak sampai sebulan berada di SKKT kerana penempatan semula ke Kedah)
8. Seorang lagi guru wanita hanya berada lebih kurang dua bulan sahaja di SKKT. Bertukar
ke Ipoh Perak kerana pada masa itu suami beliau bertugas di PPH Hulu Kinta.

Semasa berada di SK Kuala Tiga, telah menjawat jawatan Penyelaras Pusat Sumber. Kerapkali menghadiri kursus, diantaranya ialah Kursus Asas dan Lanjutan Pusat Sumber. Pernah menjadi Fasilitator untuk Kursus Asas Pusat Sumber yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Ipoh, pada tahun 1993.
Saya telah berkahwin pada November 1990 bukan dengan gadis Kelantan tetapi dengan gadis Negeri Perak. Hajat untuk melalui suasana Pesta Air kerana banjir juga tidak kesampaian kerana sepanjang tempoh hampir 5 tahun (31.12.1988 hingga 15 11.1993) berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Negeri Kelantan tidak pernah terlibat dengan banjir apatah lagi banjir besar. Bulan Disember 1993 Kelantan telah terlibat dengan banjir tetapi ketika ini telah berpindah ke Perak.
Setelah mendidik pelajar-pelajar dari SK Kuala Tiga hampir 5 tahun, saya telah bertukar ke Perak dan telah ditempatkan di SK Toh Rakna Sakti, Sungai Rambutan, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak mulai 1.12.1993. Bertugas di SK Toh Rakna Sakti sehingga 15.2.1996 sebelum ditukarkan ke SK Ulu Mengkuang, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak pada 16.2.1996.
Pernah mengikuti Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan KSPK 37 (Sains) selama satu tahun di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1995 dan Kursus Diploma Perguruan Khas (Sains) juga di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang selama satu tahun pada tahun 96/97

Semasa berada di SK Ulu Mengkuang telah dilantik menjadi Guru data, satu tugas yang amat diminati kerana kerja dilakukan menggunakan komputer, satu bidang yang amat diminati semenjak berada di SK Kuala Tiga lagi. Tugas Guru Data terus disandang sehingga awal tahun 2008 apabila diarahkan oleh pihak jabatan supaya melepaskan Jawatan Guru Data kepada guru lain kerana telah dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran.


Akademik :
1. SK Rantau Panjang, Selama, Perak
2. SMK Dato Haji Hussein, Selama, Perak
3. SMK King Edward VII, Taiping, Perak

Ikhtisas :
1. Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, Ipoh 1986/1988
2. Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (KSPK) 1995
3. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (KDPK) 1996/1997

Pengalaman TempatBertugas :
1. SK Belanja Kiri (1988)
2. SK Kuala Tiga, Tanah Merah, 17500 Kelantan (89-93)
3. SK Toh Rakna Sakti, 34140 Rt. Panjang, Selama, Perak (94-96)
4. SK Ulu Mengkuang, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak. (1996 hingga kini)

Tugas-tugas lain selain daripada mengajar:
1. Guru Penyelaras Pusat Sumber (1989 - 1996)
2. Guru Data Emis (1998-2008 Terpaksa melepaskan jawatan kerana dilantik memegang
Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran
2. Guru Kanan Ko-Kurikulum (1/9/99-15/3/2006)
3. Guru Kanan Hal Ehwal Murid (16/3/2006-31/12/2006)
4. Guru Kanan Pentadbiran (1/1/2007-31/122007)
5. Penolong Kanan Pentadbiran (1/1/2008-hingga kini)

Penyelaras SPBT Daerah Larut Matang dan Selama bagi Zon selama (1998-2005)
Ketua Pengelaras SPBT Daerah Larut Matang dan Selama (2005 hingga kini)
Jurulatih Utama SPBT Negeri Perak (2005 hingga kini)

Sehingga kini sudah 21 tahun menaburkan ilmu kepada anak bangsa. Ada diantara mereka sekarang ini yang bergelar Doctor, Jurutera, Guru dan sebagainya. Bagi yang Berjaya saya ucapkan tahniah diatas usaha dan kejayaan anda. Bagi yang kurang Berjaya, ingat pesanan cikgu dahulu, rezeki masing-masing tidak sama, carilah rezeki diatas muka bumi Allah ini. Yang penting rezeki itu mestilah HALAL.

Kepada pelajar-pelajar yang pernah menerima didikan saya, tidak kira apa jua kedudukan anda pada masa kini, jika ada kelapangan masa dan sudi meluangkan masa cuba-cubalah menghubungi saya supaya saya dapat mengetahui berita anda sekarang.

Kepada rakan-rakan yang pernah mengenali diri ini, jika masih ingat atau mengenali saya, cuba-cubalah juga berkomunikasi dengan saya.

Saya boleh dihubungi melalui alamat email : .......@yahoo.com (tutup sementara)




Gambar semasa belajar di SMK Dato Haji Hussein, Selama, Perak









Gambar semasa belajar di SMK King Edward VII,
Taiping, Perak.











Gambar ini diambil selepas Majlis Hari Ucapan SMK King Edward VII, Taiping, Perak pada tahun 1983. Ketika ini belajar dalam Tingkatan 6 Atas. Gambar ini diambil bersama sahabat yang masih lagi dingati sehingga kini. Pernah tinggal di bawah satu bumbung di Kampong Hujung Matang berhampiran Bangunan Kota Ngah Ibrahim.
Azizul - kenangan semasa bersama mu masih lagi dalam ingatan. kita sama-sama menunggu bas dan kadangkala berbasikal ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer.









Gambar Bersama rakan-rakan Kelas PM2 Kursus Perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Jalan Dairy, Ipoh Perak. Gambar ini diambil semasa minggu suai kenal pelatih maktab pengambilan 1986/1988.








Lokasi : 73 Sari 9,
Rumah sewa kedua semasa menjalani kursus Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Rumah pertama di Gunung Rapat Indah, Banglo dua tingkat tapi terlalu jauh dari maktab.















Gambar bersama rakan-rakan dari Maktab Perguruan Kinta semasa mengadakan Latihan Mengajar selama dua minggu yang diadakan di SK Sungai Rapat, Jalan Lapangan Terbang, Ipoh.
Berdiri di tengah-tengah adalah Guru Besar SK Sungai Rapat pada masa itu.






Gambar ini diambil semasa berhenti minum di Taman Cempaka, Ipoh, Perak selepas balik dari membuat rakaman di RTM Ipoh. Lagu yang dirakamkan ialah Lagu Perak Negeri Ku dan Malaysia Tanah Air Ku. Masa lebih kurang jam 1.30 pagi.






Gambar sebahagian dari peserta Koir Maktab Perguruan Kinta yang mengambil bahagian dalam Upacara Perasmian Semarak Bersama Rakyat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Lokasi di Pasir Salak






Gambar kenangan bersalaman dengan Menteri Besar Perak YB Dato Seri Ramli Ngah Talib setelah selesai Majlis Penutup Semarak Bersama Rakyat yang diadakan di Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak.








Lokasi : Di atas bumbung Kellies Castle.
Gambar diambil ketika pulang dari Kampong Gajah setelah selesai menghadiri upacara penutup Program Semarak Bersama Rakyat.
Perasmian pembukaan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia (Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad) sementara Perasmian penutup dilakukan oleh Menteri Besar Perak (Dato Seri Ramli Ngah Talib)



Bergambar bersama rakan, Mohd Nizam bin Abdullah dan Ali bin Hamid pada tahun 1988. Ketika ini sedang menjalani Latihan Mengajar di Sekolah Kebangsaan Belanja, Parit, Perak.
Sekolah ini terletak behampiran tebing Sungai Perak. Pada masa itu SK Belanja dihubungkan oleh dua jambatan untuk ke Pekan Parit. Di tengah-tengahnya Pulau Cempaka Sari. Jambatan ini telah runtuh pada 3.11.1990 kerana banjir yang melanda. Tahun 2008 satu projek membina jambatan baru menyambungkan Pekan Parit dan Kampong Belanja Kiri telah dilaksanakan dan masih dalam pembinaan. (2.8.09 Jambatan telah siap tapi masih belum dibuka kepada pengguna)


Gambar kenangan bersama sebahagian pelajar SK Belanja selepas selesai Majlis Penyampaian Hadiah akhir tahun 1988.Pelajar-pelajar tersebut terdiri dari Tahun 5 dan Tahun 6 yang mengambil bahagian dfalam persembahan pada hari tersebut.





Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Belanja pada Tahun 1988. Hari-hari terakhir Latihan Mengajar di sekolah ini.









Gambar bersama guru-guru SK Belanja, Parit, Perak.










Majlis Penyampaian Sijil Perguruan
Tempat : Maktab Perguruan Kinta
Tarikh : 1989
















1989
Penempatan pertama selepas Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak.
Sekolah Kebangsaan Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan.














Gambar Guru dan kakitangan SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Gambar ini diambil pada tahun 1989









Gambar Guru dan kakitangan SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan








Gambar Guru dan kakitangan SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan











Bergambar bersama pelajar Tahun 5 pada Tahun 1989.





















Bergambar bersama Pengawas Pusat Sumber SK Kuala Tiga

















































































































Bersama pelajar-pelajar di dalam Stadium Sultan Mohammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Lawatan ini diadakan pada tahun 1989




Aktiviti mengacau Bubur Asyura.
Gambar ini diambil semasa bertugas di SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Teman mengacau Bubur Asyura di dalam gambar ini ialah cikgu Razali bin Arbain. Beliau adalah rakan serumah semasa tinggal di rumah guru SK Kuala Tiga. Beliau kini menjadi PK Kokurikulum di SK Sungai Baru.






Gambar di tepi Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan bersama pelajar-pelajar SK Kuala Tiga yang menyertai lawatan.








Mandi bersama pelajar di Pantai Cahaya Bulan










Lokasi : Belakang Pejabat SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Berehat sementara menunggu Bubur Asyura masak.







Lokasi : Belakang Pejabat SK Kuala Tiga, 17500 Tanah Merah, Kelantan.
Gotong royong menyediakan bahan-bahan untuk membuat Bubur asyura







Lokasi : Kawasan Estet Keralla, 17500 Tanah Merah Kelantan. Gambar ini diambil selepas Perasmian Perkhemahan Unit beruniform SK Kuala Tiga yang dirasmikan oleh OCS Balai Polis Kuala Tiga. (Perasmi : Duduk nombor 2 dari kiri)






Bergambar bersama rakan-rakan semasa perkhemahan Unit Beruniform SK Kuala Tiga.
(Lima tahun di SK Kuala Tiga. Setiap kali perkhemahan jawatan tetap ialah Quarter Master)






Di dalam kelas KSPK 37
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Tahun 1995








Perbincang sebelum pembentangan.
Gambar ini diambil semasa Kursus KSPK 37 di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.








Gambar semasa lawatan ke Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Peserta lawatan terdiri daripada peserta Kursus (KSPK 37 -Sains) Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Tahun 1995.






Gambar bersama rakan-rakan KSPK 37 semasa lawatan ke Bukit Cerakah






















Gambar bersama guru dan kakitangan SK Ulu Mengkuang, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak.
Gambar ini diambil pada Tahun 1997














hhhhhhhh